아드리아나
jump to the top

Sunday, 18 December 2016 // December 18, 2016

Assalamualaikum so tibalah hari yang di nanti nanti kan candidates PT3. HARI DAPAT RESULT!!! ARGHHHHHH!!!  Tbh sapa je yang tak nervous, kau cakap dengan aku sekarang sapa je yang tak nervous?! Alhamdulillah result Pt3 panchorian tahun ni meningkat! Secara jujur, aku ingatkan result tahun ni akan jatuh but Alhamdulillah meningkat. First of all, aku nak cakap congrats dekat semua batch 01' tahniah semua 💕


Hampir semua budak kelas aku naik pentas weh tadi! Serius aku bangga gila. Tapi bagi yang tak naik tu, jangan risau k! PT3 bukan penentu segalanya kita still boleh usaha lagi. SPM ada lagi! Kita buat yang terbaik untuk tebus semua tu balik okay! We've tried our best.


Tapi! Yang paling best! Girls 3A semua naik pentas. Allahu :') Alhamdulillah kita dapat berjaya sama sama tak de yang sedih sedih alhamdulillah. Dapat ambil gamba sama sama, semua mood okay je even semua nervous nak mampos haha. Btw, Congrats Hasifah 🌸 10A weh 10A,  straight As. Serius aku bangga dengan kau. Kau memang layak sangat dapat 10A. Tahniah ✨


Haaa ni di antara bro bro yang naik pentas. Wah! Aku bangga dengan korang. ✨ Congrats weh! Congrats! Oh ya, Arif! Tahniah bro, aku bangga dengan kau 9A do 9A. Hm tak kesah lah kau 10A ke 9A kau tetap boleh jadi menteri haha lol. Dah jadi menteri nanti jangan lupa kawan kau ni. Hahahahaha 


Meh aku nak cerita pasal aku pulak. Hahaha memang dugaan betul pagi pagi sebelum nak pergi ambil result kereta buat hal! Dia tak boleh start pulak. Tuhan je yang tahu perasaan aku time tu macam mane dah lah semua ws cakap 9:40 result keluar and pukul 9:35 aku still kat rumah lagi. Memang menggelabah aku pagi tadi tapi acah acah cool hm tapi agak agak nya berapa A aku dapat? Hm


Alhamdulillah aku dapat 7A 3B. Syukur sangat. Even bukan 10A yang semua orang sanjung sanjungkan tapi 7A pon dah syukur sangat sangat. Haaa nak dengar cerita tak? Cerita dia berbunyi begini. Sekolah umum kan dari 5A tapi pengetua dah terbagitahu sapa yang 10A, 9A and 8A. Dari 5A ke 6A, nama aku tak di sebut sebut pon lagi aku dah risau and I was like "Ya Allah aku 4A ke?" "Apa dosa aku Ya Allah" Lepas tu 6A dah habis semua nama, aku macam napa nama aku takde sebab aku dah memang tak pikir apa sebelum dapat result sebab dengar result teruk so aku mampu target 6A je tapi nama aku tak de kat 6A sumpah aku dah nak nangis dah time tu. Tiba lah masa nama nama 7A, dah lama aku tunggu tapi nama aku takde. Semua girls 3A nama dah panggil and semua dah naik pentas tapi nama aku takde. Time tu aku dah tak boleh pikir apa dah sebab tu je last harapan aku sebab pengetua dah bagitahu sapa 8A, 9A and 10A! Aku nervous gila tapi budak laki kata "Jangan risau kau naik pentas" "Kau 7A adriana. " tapi satu pon aku tak dengar sebab diaorangkan suka kacau orang so mana aku nak percaya And then nama aku kene panggil. Nama aku nama last 7A. Aku repeat nama aku nama LAST yang dia panggil. Ya Allah nak gugur jantung aku. Tak boleh tahan do nangis macam air terjun hahahaha (serius aku malu aku nangis)  Dah lah aku start nangis bila tengok cikgu rosni, pengetua and orang pibg tu hahaha dalam camera tu tah apa tah rupa aku hahahah dia snap time aku nangis. Aku dah bertekad dah tak nak nangis tapi apakan daya kita hanya mampu merancang haha. Serius time aku turun pentas je aku malu nak mampos sebab macam over je bukan 10A pon kau nak nangis bagai nak rak (rak patah hahahahahha kk tak) 


Apa pon aku bangga dengan keputusan kita semua. Next year kemungkinan besar ada yang dah tak sekelas and ada yang nak pindah. Hm sedih lah hahahaha dah 3 tahun kita semua sama sama and now berpisah pulak. Thankyou untuk semuanya selama 3 years ni. Aku doakan semoga keputusan yang korang buat tu betul and terbaik untuk korang. All the best Arifistic ✨ Jangan rindu aku tapi kalau rindu roger je hahahaha 😂 








-------------