아드리아나
jump to the top

Sunday, 18 December 2016 // December 18, 2016

Assalamualaikum so tibalah hari yang di nanti nanti kan candidates PT3. HARI DAPAT RESULT!!! ARGHHHHHH!!!  Tbh sapa je yang tak nervous, kau cakap dengan aku sekarang sapa je yang tak nervous?! Alhamdulillah result Pt3 panchorian tahun ni meningkat! Secara jujur, aku ingatkan result tahun ni akan jatuh but Alhamdulillah meningkat. First of all, aku nak cakap congrats dekat semua batch 01' tahniah semua 💕


Hampir semua budak kelas aku naik pentas weh tadi! Serius aku bangga gila. Tapi bagi yang tak naik tu, jangan risau k! PT3 bukan penentu segalanya kita still boleh usaha lagi. SPM ada lagi! Kita buat yang terbaik untuk tebus semua tu balik okay! We've tried our best.


Tapi! Yang paling best! Girls 3A semua naik pentas. Allahu :') Alhamdulillah kita dapat berjaya sama sama tak de yang sedih sedih alhamdulillah. Dapat ambil gamba sama sama, semua mood okay je even semua nervous nak mampos haha. Btw, Congrats Hasifah 🌸 10A weh 10A,  straight As. Serius aku bangga dengan kau. Kau memang layak sangat dapat 10A. Tahniah ✨


Haaa ni di antara bro bro yang naik pentas. Wah! Aku bangga dengan korang. ✨ Congrats weh! Congrats! Oh ya, Arif! Tahniah bro, aku bangga dengan kau 9A do 9A. Hm tak kesah lah kau 10A ke 9A kau tetap boleh jadi menteri haha lol. Dah jadi menteri nanti jangan lupa kawan kau ni. Hahahahaha 


Meh aku nak cerita pasal aku pulak. Hahaha memang dugaan betul pagi pagi sebelum nak pergi ambil result kereta buat hal! Dia tak boleh start pulak. Tuhan je yang tahu perasaan aku time tu macam mane dah lah semua ws cakap 9:40 result keluar and pukul 9:35 aku still kat rumah lagi. Memang menggelabah aku pagi tadi tapi acah acah cool hm tapi agak agak nya berapa A aku dapat? Hm


Alhamdulillah aku dapat 7A 3B. Syukur sangat. Even bukan 10A yang semua orang sanjung sanjungkan tapi 7A pon dah syukur sangat sangat. Haaa nak dengar cerita tak? Cerita dia berbunyi begini. Sekolah umum kan dari 5A tapi pengetua dah terbagitahu sapa yang 10A, 9A and 8A. Dari 5A ke 6A, nama aku tak di sebut sebut pon lagi aku dah risau and I was like "Ya Allah aku 4A ke?" "Apa dosa aku Ya Allah" Lepas tu 6A dah habis semua nama, aku macam napa nama aku takde sebab aku dah memang tak pikir apa sebelum dapat result sebab dengar result teruk so aku mampu target 6A je tapi nama aku tak de kat 6A sumpah aku dah nak nangis dah time tu. Tiba lah masa nama nama 7A, dah lama aku tunggu tapi nama aku takde. Semua girls 3A nama dah panggil and semua dah naik pentas tapi nama aku takde. Time tu aku dah tak boleh pikir apa dah sebab tu je last harapan aku sebab pengetua dah bagitahu sapa 8A, 9A and 10A! Aku nervous gila tapi budak laki kata "Jangan risau kau naik pentas" "Kau 7A adriana. " tapi satu pon aku tak dengar sebab diaorangkan suka kacau orang so mana aku nak percaya And then nama aku kene panggil. Nama aku nama last 7A. Aku repeat nama aku nama LAST yang dia panggil. Ya Allah nak gugur jantung aku. Tak boleh tahan do nangis macam air terjun hahahaha (serius aku malu aku nangis)  Dah lah aku start nangis bila tengok cikgu rosni, pengetua and orang pibg tu hahaha dalam camera tu tah apa tah rupa aku hahahah dia snap time aku nangis. Aku dah bertekad dah tak nak nangis tapi apakan daya kita hanya mampu merancang haha. Serius time aku turun pentas je aku malu nak mampos sebab macam over je bukan 10A pon kau nak nangis bagai nak rak (rak patah hahahahahha kk tak) 


Apa pon aku bangga dengan keputusan kita semua. Next year kemungkinan besar ada yang dah tak sekelas and ada yang nak pindah. Hm sedih lah hahahaha dah 3 tahun kita semua sama sama and now berpisah pulak. Thankyou untuk semuanya selama 3 years ni. Aku doakan semoga keputusan yang korang buat tu betul and terbaik untuk korang. All the best Arifistic ✨ Jangan rindu aku tapi kalau rindu roger je hahahaha 😂 








-------------


Friday, 16 December 2016 // December 16, 2016



Assalamualaikum hye. Sepanjang aku buat blog aku tak pernah lagi buat entry perkenalkan diri aku sebab dulu fikir biar nak jadi unknown je tapi kalau dah pos pasal kawan kawan semua last last orang tahu jugak pemilik dia siapa betul tak? Haha okay, nama aku Nurdiana Hanina Adriana Bt Azhar. Berumur 15 (16 soon). Lahir pada 27 Julai haha. Nothing special pasal aku, aku just seketul potato tu je. Aku ada instagram dan twitter plus aku bukan dak dak wechat eh tiba tiba pulak hahahaha. Okay, aku menceburi bidang blog ni sejak sekolah rendah lagi hm time darjah lima so kira aku dah 5 tahun dengan blog ni segala onak duri kami dah tempuhi dalam tempoh 5 tahun ni. Actually aku ada pos macam macam kat blog ni tapi tu lah aku dah delete semua sebab kau tahu je lah kan, bahasa time sekolah rendah macam mana ya Allah memalukan! So aku buat keputusan delete and tinggalkan semua tutorial je. Oh ya! kalau korang nak tengok tutorial yang aku buat, korang kene on guna laptop hm tak kesah lah apa apa janji bukan guna phone kalau tak korang tak boleh bukak tutorial tu. Dekat blog aku ni ada 6 bahagian (if korang bukak bukan guna phone korang boleh tengok)  Diary, Me, Tutorial, Links, Refresh and My bussiness. So korang boleh tekan yang line warna warni kat atas tu untuk bukak. Kalau tutorial, aku ada lah ajar sikit sikit macam mana nak edit blog dan sebagainya. Kalau my business pulak, korang boleh lah tengok business apa yang aku buat. Actually aku ada dua business. First, chocojar. Maybe orang akan lebih paham kalau aku cakap chocolate jar haaa. Chocojar aku 100% homemade haha so jangan risau tak de racun dan sebagainya. Masa first aku jual chocojar ni semua tanya "Adriana, kau buat ke?!" Aku was like kenapa? Aku ni tak cukup keperempuanan ke sampai semua tak percaya aku buat benda tu hahaha okay tu aku saja nak share sikit. Back to business, chocojar aku ni rm8 je (PROMOTION) Kalau kat tempat lain harga memang mahal weh aku tak tipu, rm14 rm15 macam tu so rm8 tu harga kasih sayang aku bagi. Next, business aku yang kedua is makeup! Aku jual makeup hm biasalah lipstick, eyeshadow, highlighter dan sebagainya. So kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh bukak bahagian my business kat blog aku ni. Okay! Satu fact pasal aku is aku ni kpoppers tau so kalau kat twitter ke instagram ke aku mesti ada post or tweet about kpop haha. Hm, masa aku form 1 and form 2 aku tak berapa active berblogging sebab time tu laptop rosak, phone pulak menyedihkan time tu so aku terpaksa lah biar kan blog ni berhabuk. But sekarang ni alhamdulillah, phone dah okay sikit so boleh terus update guna phone je hehe. I think that's all sedikit sebanyak yang aku boleh share dekat korang. Btw my next entry insyaAllah aku akan buat review satu produk ni. Kalau nak tahu, korang kene tunggu lah k sebab aku akan post entry tu maybe in this week or next week. Okay Assalamualaikum. Much love ✨

-------------


Saturday, 27 February 2016 // February 27, 2016

Hello guys! so today I want to share how to watch or download kdrama and variety show. Biasanya dekat youtube tak banyak cerita yang ada. So click the link below untuk download or watch kdrama.

                               Kshow Online

Okay. Have Fun!




-------------


Saturday, 15 December 2012 // December 15, 2012

Bounjour :)


1. Design > Add Gadjet > Add HTML

2. Copy kod bawah nie :


<script src="https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/rainbowlink.js" type="text/javascript">
</script>
3. SAVE ... senang je..

-------------


// December 15, 2012

Assalamualaikum, I nak buat tutorial Shadow Belakang Blog

1.Dashboard > Templete

2.Then ,tekan ctrl + f carik code kat bawah nie

<table style="
3.Dah jumpe ? Pastu copy code kat bawah nie and paste dekat sebelah code <table style=" nie

-moz-box-shadow: 0px 0px 30px #000000; -webkit-box-shadow: 0px 0px 30px #000000;
Nota:
Warna Biru : Saiz Shadow
Warna Merah : Warna Shadow

-------------